Tuesday, 19 April 2011

SEKILAS NUKILAN SANTAPAN HATI TERLUKA:

bertahun sudah berdua bersama,
menempuh segala dugaan,
walaupun hidup ada kekurangan ,
bukan kehendakku,tabahku hadapi denganmu,
itulah yang ku pertahankan,tak dapat dinafikan,
belbagai  dugaan datang secara tiba-tiba,
apa erti makna,tersembunyi istana yang dibina,
terbina sementara,
kau mengundurkan diri dariku,
tinggallah aku,kini seorang diri,
kesana dan ke mari,mencari salah ku waktu denganmu,
sambil mengubat hatiku sepi,
siapa sangka siapa menduga,
engkau berubah tiada ku pinta,
kerana hidup bahagia sentiasa,
tanpa sengketa,
yang ku kesalkan,dan tak  ku lupakan,
aku korbankan seluruh hidupku,
semata-mata,ingin melihat kau gembira.
kerana aku sungguh menyayangimu,
hidup aku berteman rindu,
tak pernah terpadam...
terkilan berpanjangan...
sambil menyapu air mata....